Selasa, 16 Mac 2010

Misi Sinar Harapan 4: Rumah Baru utk K'Jah

rumah Kak Jah sebelum
rumah KakJah selepas dibaik pulih

barang sumbangan
kolah baru tikar getah baru

Sedutan drp blog sahabat seperjuangan En Jamaluddin (d'Redang)

6 MAC 2010- KG. SIMPANG BUKIT KUBUR REDANG PANJANG, KAK JAH SEORANG FAKIR MISKIN MENERIMA SUMBANGAN BERUPA, PENYELENGGARAAN LANTAI DAPUR RUMAH SERTA BILIK MANDI, TANDAS SERTA PERALATAN KEPERLUAN ASAS SEPERTI TIKAR GETAH, TILAM, PERIUK LETRIK, KIPAS ANGIN, RAK PINGGAN MANGKUK, PERALATAN KERLUAN MEMASAK, KOLAH MANDI DAN LAIN-LAIN KEPERLUAN ASAS UNTUK KEPERLUAN KAK JAH ....ALHAMDULLILAH..BAKI WANG SUMBANGAN DISERAHKAN KEPADA KAK JAH UNTU KEPERLUAN HARIAN SAYA BAGI PIHAK KAK JAH....MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA:

-->
Eksekutifsuri (Puan Norlaili Bin Talib Serta Suami) Ummikusayang Charity Team (Kak Ros), Al-Jauhar(Puan Siti Fadzilah Binti Abdul Manap Serta Suami) Serta Penderma – Penderma

-->
Mudah-mudahan apa yang kita lakukan untuk kerja sukarelawan ini, kita semua diberi rahmat dan keampunan daripada Allah s.w.t.......wassallam....
Sekian Terima Kasih. Wassallam.

Misi Sinar Harapan 3: Troli khas untuk Paksu Rosman

Harapan tertunai..sumbangan: Ahli UmmikuSayang Charity Team

Sedutan drp blog sahabat seperjuangan: d'Redang
9 MAC 2010- ALHAMDULLILAH LEBIH KURANG 2 HARI KISAH PAKSU ROSMAN (OKU TELANTAR)DIPAPARKAN, ATAS KEPERIHATINAN HAMBA ALLAH YANG BUDIMAN DAN DENGAN KERJASAMA YANG DIBERI OLEH KAKAK ALLY DAN SUAMI DARI EKSEKUTIF SURI.COM, SUMBANGAN BERUPA SEBUAH STRECHER/TROLI BERODA KHAS DAPAT DITEMPAH KHAS DENGAN KOS YANG BERPATUTAN DARI EN. KHAIRUL (JAAS IRON WORKS) KAMUNTING TAIPING PERAK.

IBU PAKSU ROSMAN AMAT GEMBIRA DAN AMAT BERSHUKUR KEHADRAT ILAHI KERANA ADA INSAN YANG SUDI MEMBANTU MEMBERI SUMBANGAN BAGI MEMUDAHKAN BELIAU MEMBAWA PAKSU ROSMAN KE BILIK AIR...

DIUCAPKAN TERIMAKASIH KEPADA
HAMBA ALLAH YANG MEMBERI SUMBANGAN
......
SEMOGA APA YANG KITA LAKUKAN MEMBANTU INSAN YANG MEMERLUKAN DIRAHMATI......


7 MAC 2010 - KG. REDANG PANJANG, SEMASA MENZIARAHI SEORANG SAHABAT PAKSU ROSMAN YANG TERLANTAR SEMENJAK 32 TAHUN DILAHIRKAN, YANG TINGGAL DENGAN SEORANG IBU YANG BERUMUR 73 TAHUN HIDUP DALAM SERBA KEKURANGAN DAN KEMISKINAN SERTA SEORANG ABANG YANG BEKERJA KAMPUNG, INGIN MEMBUAT RAYUAN KEPADA SAHABAT- SAHABAT YANG BUDIMAN UNTUK MEMBERI SUMBANGAN TERUTAMA UNTUK MEMBELI SEBUAH TROLI KHAS BERODA ( STRECHER) BAGI MEMUDAHKAN IBU YANG BERUMUR 73 TAHUN UNTUK MEMBAWA PAKSU ROSMAN KE BILIK AIR YANG JARAKNYA LEBIH KURANG 10 METER DARI TEMPAT TIDURNYA KEBILIK AIR , BUAT MASA KINI UNTUK KE BILIK AIR IBUNYA DAN ABANG NYA MENGANKAT PAKSU ROSMAN, BAGI MERINGANKAN DAN KEMUDAHAN KEPADA PAKSU ROSMAN DAN IBUNYA BOLEH HUBUNGI SAYA MELALUI TALIAN 019-5414673.....SEMOGA APA YANG KITA LAKUKAN UNTUK INSAN YANG MEMERLUKAN DIBERKATI ILAHI.....


Khamis, 11 Mac 2010

Misi Sinar Harapan:Tunaikan Harapan Mereka, Harapkan Keberkatan untuk Kita

Assalamualaikum

Pertamanya, syukur pada Allah swt kerana mempermudahkan usaha kami untuk menunaikan amanah ini. Syukur Alhamdulillah kerana sumbangan sahabat2 dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan. Kami tersangat gembira sehingga menitiskan air mata setiap kali melihat sumbangan sahabat2 membawa sinar kepada mereka.

Jutaan terima kasih atas sokongan berterusan sahabat2 semua. Tekadkan dalam hati agar kita istiqamah dan ikhlas, semoga dapat kita kongsi rezeki dan keselesaan hidup kita bersama mereka. Tiada apa yang diharapkan selain KEBERKATAN dan KEREDAAN-Nya.

Dengan ini kami akan teruskan perjuangan kami dengan menamakan misi kami sebagai "MISI SINAR HARAPAN: Tunaikan Harapan Mereka, Harapkan Keberkatan untuk Kita". Kumpulan kami terdiri drp segolongan sahabat yang disatukan melalui rangkaian maya-blog, laman sosial dan beberapa egroups serta orang perseorangan.
Pengantara : Eksekutifsuri.com dengan kerjasama Al-Jauhar & d'Redang.

Kami tidak terikat dengan mana2 fahaman politik, persatuan dan mana2 badan atau syarikat yang berkepentingan. Mengutamakan keikhlasan tanpa membebankan sukarelawan dan sedaya upaya meminimakan kerenah birokrasi dalam urusan mengagihkan sumbangan. Kami mengamalkan konsep turun padang-menyelidik dan melihat sendiri penderitaan mereka sambil mengumpul maklumat daripada komuniti terdekat dengan mereka.


Ikutilah kisah2 kehidupan golongan yang telah sahabat2 bantu untuk tunaikan harapan mereka melalui pengantara Eksekutifsuri yang kehidupan mereka kini semakin ceria dan selesa - di Blog:

Sanggar Suri www.eksekutifsuri.com
d'Redang http://jamalhassim.blogspot.com/
Al-Jauhar http://www.aljauhar2.blogspot.com/


MISI SINAR HARAPAN
dalam perancangan kami untuk masa terdekat:

1. Membaiki rumah ibu tunggal fakir miskin (warga tua) di Lenggong Perak untuk memudahkan pergerakannya ke dapur & tandas(masih menunggu maklumat lengkap)

2. Bantuan Basikal utk kanak-kanak miskin yang sekarang ini berjalan kaki berbatu-batu untuk ke sekolah (daerah Batu Kurau)

3. Bantuan utk pelajar miskin yang cemerlang utk membuat persiapan ke Universiti/Kolej (maklumat sedang dikumpulkan-sekiranya sahabat2 ada mengenali golongan ini harap dapat salurkan maklumat kepada kami)

Sekiranya sahabat2 ingin turut serta berkongsi rezeki & harapkan pahala drp Allah, bolehlah sertai kami. Sekiranya ada maklumat tentang golongan yang memerlukan bolehlah hubungi kami:

eksekutifsuri@yahoo.com.my 012-3614014

Semoga Allah Mempermudahkan Usaha kita...amin..

Wassalam

Elly&Nizam